Posted in Dental Diary

RAUDATUS SAKINAH

BISMILAHIRRAHMANIRRAHIM….

Assalamualaikum wbt

Hope semua sihat2, ceria2 dan jangan tension2 oke? ^_^

Alhamdulillah, atas izin-Nya, kami pelajar perempuan first year dental USIM, selamat menyelesaikan misi kami yang pertama..! Misi kami untuk memahami masalah masyarakat dan membantu mereka diluar sana. semua mesti tertanya2,apa itu Raudatus sakinah??

Raudatus Sakinah merupakan satu organisasi yang menempatkan muslimat2 yang tersilap langkah. Kami disana adalah untuk memberi sokongan,sedikit tarbiyah,dakwah sekali gus membantu menaikkan semangat mereka agar tidak sesekali menoleh kebelakang melihat masa silam mereka.

Sebagai yang menguruskan program, saya merasakan ini adalah satu program yang dapat membuka minda dan pemikiran saya serta sahabat2 untuk melihat dan mempelajari sesesuatu daripada pelatih RS.
Di sana lingkungan umur mereka dr 15-24 tahun,tapi kami dinasihatkan untuk merahsiakan umur kami agar mereka yang lebih berusia dari kami menghormati kami sepanjang program dijalankan. Kami juga dinasihatkan untuk membahasakan diri kami sebagai kakak. Selain itu,pelajar disitu mereka 100% terlibat dengan z**a dan lebih kurang 70% h***l.

Slot yg pertama iaitu slot taaruf dikendalikan oleh sahabat saya Hashima. Slot ini digunakan sebaik mungkin untuk mengenali mereka. Seterusnya, slot Muhasabah yang sepatutnya dikendalikan oleh sahabat saya Liana tetapi sebelum itu kami  mendengar luahan hati seorang pelatih yang datang dari Sarawak. Masha ALLAH,pengakuan dari pelatih ini membuatkan kami semua menitiskan air mata,bukan sahaja kami malah dari kalangan pelatih itu juga turut merasainya.

“Saya dr SARAWAK..(senyap)… dia menangis….tidak dpt meneruskan kata-kata”

Saat itu segar dalam memori saya…sebak,saya meluru kearah dia,memberi semangat…

“Adik kuat,akak tahu adik kuat…adik berani…kuatkan semangat..ingat ALLAH dik..”

Saya ulang kata-kata ini banyak kali sehingga dia tenang dan meneruskan kata-kata..

“Saya tak kenal al-Quran, saya  tidak pernah solat kak..saya clubbing,saya minum arak..tersekat2 dia menceritakan kisah dia..selang-seli dgn tangisan…”

Ya Allah, saya betul2 terkejut bila dengar kisah lampau dia dan memikirkan betapa kasihnya ALLAH kepada dia kerana memilih dan membuka jalan untuk dia bertaubat..Cuba kita renungkan masyarakat diluar sana yang masih dalam keadaan yang sama.. tugas kita bukan setakat ini..jauh lagi…dakwah tidak akan pernah berhenti………….

Selepas itu,slot tarbiyah dari saya sendiri..

Dengan  ilmu yang sedikit saya berkongsi dengan mereka untuk menaikkan semula semangat mereka selebihnya tawakal saya hanya mampu mengajak dan berkongsi selebihnya terletak ditangan mereka tetapi sebelum itu saya menayangkan video Taubat & Harapan dari Dr. Asri.Sangat menyentuh dan berkaitan dengan kehidupan lampau mereka. Ketika sesi tarbiyah itu dapat saya lihat wajah2 mereka yang penuh dengan penyesalan dan ingin kembali ke jalan yang diredhai ALLAH.
Penerangan dr pihak RS
Arnab sebagai terapi setelah anak mereka diambil oleh keluarga angkat
Sahabat2 perjuangan dunia dan akhirat ^_^
 Pertandingan menghias kek
Slot tarbiyah
Terharu melihat Dr yang sudi bersama kami walaupun sempit dan panas
INI KISAH KAMI
Advertisements